Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi
2 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2020 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Dalam kelas ini, peserta kelas mempelajari Topik 6 iaitu analisis statistic yang melibatkan penggunaan bilangan (count), jumlah (sum), min (average), sisihan piawai (standard deviation), jumlah minimum dan maksim dalam data. Selain itu, mereka juga diterangkan mengenai Topik 7 iaitu menyediakan carta yang melibatkan 4 langkah iaitu memilih jenis carta, menentukan sumber data, memilih option carta dan menentukan lokasi carta. Peserta diminta untuk membuat latihan bagi setiap topik yang telah diterangkan.
Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah diterangkan risiko dalam talian yang merangkumi terlebih kongsi (oversharing), buli siber, maklumat palsu, love scam, kecurian identiti dan lain-lain lagi. Peserta yang kerap mengakses laman sosial atau laman web diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: